Saturday, March 19, 2011

Just A Little Unwell



No one can live without soul..




Terbaca (sengaja kot??) blog sorang adeq ni.. Buat aku jadi makin rindu, rindu kat blog aku dulu.. 

Zaman aktif dalam bab 'blogging nih. Nak balik, nak feel puasnya hati bila dapat 'lepas' everything pada blog ter'cinta'.

Walau aku tahu, blog aku tak gempak langsung, tak 'famous' pun, aku anggap blog ni, (yang aku panggil 'starry') macam kawan baik aku..

Hidup dalam realiti sangat susah sebenarnya.. 

Tapi..

Realiti dulu, zaman 'pertengahan' dulu lebih manis realitinya..

How?~~




"I'm not a little crazy, but I'm just a little bit unwell~~"

"Actually it's my feelings and emotions who love to play me even a big game.."

Monday, March 14, 2011

Hidup Ni Memang Penat



Terselit rase bangge bile tengok kawan2 lame berjaya.. 

Berjaya mencapai apa yang telah aku perjuangkan selama ni.. 

Tapi, kenapa mesti aku cemburu??

Setengah hati aku happy giler dengar berita tuh..

Setengah lagi kate tak patut diorang dapat mende tuh sedangkan aku yang pejuangkan mende tuh sepenuh hati..

Yaya... Tak baik berdendam, ikhlaslah dalam setiap perbuatan, insya ALLAH dapat balasan..

Yup, aku redha.. Apa yang aku perjuangkan tu bukan hanya untuk aku..

Tapi, demi kemaslahatan bersama.. Kemaslahatan Islam dan umat seluruhnya..

Mana bleh pentingkan diri.. huhu..

Ingat itu, hidup ni memang kene berkorban..

Bak kata sorang akak tu, 'hidup ini adalah kepenatan'

Aku takkan lupe sampai bile2, kak..

Saturday, March 12, 2011

Aku Masih Di Sini

splashed.. coreng2!




kalo korang perasan.. blog ni da lame menyepi..


banyak n3 da kubuang..


bukan kerana ak ta ske..


blog ni kan aku yang baru..


ak nak buat yang bru2 blake..


stat taon ni, memang xsempat nk blogging..


6ty ble da lepas exam.. ak nk troskn..


tunggu yep..





buat along, i miss u so much, sekiranya along masih mengintai saya di blog ini..
lame x dgr cite along.. blog along pon saya da x jumpe..
harap along always sihat and bezt.. bittaufiq wannajah..




'NO ONE can live without SOUL'

Friday, December 17, 2010

Live For Your Own Life

splashed.. coreng2!

2 minggu lagi, masuk sekolah balik. Dah sedia?? tak tahulah nak cakap camne. Kalau boleh memang dah tak nak pegi sekolah. Takut dengan SPM. Takut dengan future. Takutt untuk face the upcoming possibilities. Tapi, macam mana tak nak sekali pun, memang tak boleh nak lari. So, just face it in any way you can, am i right??
Mungkin kita tak boleh nak jadi perfect tapi sekurang-kurangnya kita cuba berubah lebih baik. Let's move on to another page of life. Would you be my buddy in the next page? Whatever it is, don't ever give in what you've started. Diri kita berhak dapat yang lebih baik. Much better from us. Our ability, our weakness, just let them be. Ability boleh motivate kita, weakness boleh change kita for good. Just try to live your life. We live for our life. it's not our life lives for us.

Thursday, March 18, 2010

Syaitan Memasuki Pintu Hati

Salam Perjuangan..
Seringkali kita lalai dan lupa dalam mengharungi kerenah fitrah manusia sehari-hari..
Jadi, ana menyeru diri ana sendiri serta sahabat-sahabat supaya memuhasabah diri sendiri.. "Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu sangat berguna bagi orang-orang yang beriman"


Kata-kata seorang salafuss salihin..

"Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakahnsyaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba ku dapati syaitan memasukinya dari sepuluh pintu :

1. Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut secara tiba-tiba.

3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

4. Kagum pada diri sendiri(ujub), lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian ALLAH dan takutkan balasan seksaan.

5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. Hasad, lantas aku mengahdapinya dengan sifat qana'ah(berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian ALLAH kepada makhluknya.

7. Riya' dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

8. Bakhil, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi ALLAH itu akan kekal.

9. Takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.

10. Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan ALLAH dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.


Lalu, pintu manakah kita biarkan terbuka untuk syaitan memasukinya?
Renungkanlah, berjuanglah, berjihadlah!